November 2008

Nama Aktiviti : Galakan Membaca
Tarikh diadakan : 12 Nov 2008
Jumlah Peserta : 45 orang

Gelagat adik-adik seramai 45 orang yang terpaksa berkongsi tempat duduk.

Antara adik-adik dari Tadika Sedidik yang sedang asyik membaca buku cerita.

Adik-adik tengah mendengar cerita yang disampaikan oleh staf PD yang bertugas.

Terima kasih kepada pihak pengurusan Tadika Sedidik kerana sudi menjayakan Aktiviti Galakan Membaca yang diadakan di perpustakaan ini.
__________________________________________________________

Nama Aktiviti : Mewarna sempena cuti sekolah
Tarikh diadakan : 20 Nov 2008
Jumlah Peserta : 24 orang

Golongan sasaran aktiviti ini ialah golongan kanak-kanak yang berumur sekitar 6 sehingga 12 tahun sahaja.

Objektif aktiviti ini adalah sebagai aktiviti riadah bulanan perpustakaan dan sempena cuti sekolah.


October 2008

1. Nama Aktiviti : Langsir Aneka Bentuk




2. Nama aktiviti : Majlis Ramah Tamah Aidilfitri
Tarikh diadakan : 11 October 2008 (Sabtu)
Masa diadakan : 11.30 pagi - 02.00 petang

Sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, kami selaku staf Perpustakaan Desa RPR Bandar Baru Semariang telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri kepada ahli-ahli perpustakaan. Seramai 31 orang ahli perpustakaan terpilih menyertai aktiviti ini sebagai tanda menghargai mereka menjadi ahli perpustakaan sejak perpustakaan ini ditubuhkan pada tahun 2007. Di samping itu juga, ahli yang terpilih juga aktif dari segi rekod kedatangan, pinjaman buku, penyertaan di dalam aktiviti kanak-kanak yang diadakan, dan sebagainya.


Juadah Hari Raya yang disediakan

Ahli-ahli perpustakaan yang tengah menjamu selera

September 2008

Nama Aktiviti: Card Decoration
Tarikh diadakan: 12.9.2008
Jumlah peserta: 26 orang
Setiap peserta dibahagi kepada kumpulan.

Masing-masing mencurahkan idea kreatif bagi melukis dan menghias kad besar yang diberi.
________________________________________________________

Nama Aktiviti: Anyaman tikar
Tarikh diadakan: 25.9.2008
Jumlah peserta: 23 orang

Anyaman tikar yang beraneka corak dan warna yang dihasilkan oleh peserta aktivti.


Ogos 2008



1. Stand-alone Star Craft - 14 Ogos 2008
30 orang kanak=kanak menyertai aktiviti riadah ini.



2. Melukis dan Mewarna Bertemakan Kemerdekaan Malaysia yang ke-51 Tahun
- 23 Ogos 2008
Golongan sasaran aktiviti ini ialah golongan kanak-kanak dan remaja, berumur 7 sehingga 15 tahun. Objektif aktiviti ini adalah menerapkan semangat patriotik di kalangan kanak-kanak dengan mencurahkan idea kreativiti masing-masing melalui aktiviti melukis dan mewarna yang bertemakan Kemerdekaan Malaysia yang ke 51 tahun.

july 2008


1. Sambung dan warna - 3 july 2008
Satu lukisan diberi yang memerlukan peserta menyambung titik-titik nombor dan kemudian peserta akan mewarna lukisan tersebut. Aktiviti ini lebih bertujuan aktiviti riadah kepada pengunjung kanak-kanak, di mana sebanyak 31 orang kanak-kanak menyertai aktiviti ini.



2. Pencarian Maklumat - 5 july 2008

30 orang kanak-kanak diajar mencari maklumat kepada soalan yang diberi menggunakan enjin carian seperti google, yahoo, atau ask.com. Peserta dikehendaki mencatit nama laman web yang mereka perolehi ke dalam kertas soalan yang diberi. Golongan sasaran adalah kanak-kanak yang berumur sekitar 6-12 tahun sahaja.



3.Drinking Straw Puppet Craft -12 july 2008

Jumlah peserta yang menyertai aktiviti ini sebanyak 23 orang. Peserta akan diberi gambar berbentuk rama-rama, ikan, dan kucing. Gambar tersebut digunting mengikut bentuk gambar kemudian dilekat ke kertas manila. Akhir sekali, gambar tersebut akan dilekat ke ‘drinking straw’. Setelah siap, kanak-kanak diminta menggunakan hasil kerja tangan ‘puppet craft’ mereka untuk menceritakan cerita yang direka secara spontan dan kretif.

Aktivity Desa

Setiap bulan, Perpustakaan Desa Bandar Baru Samariang akan mengadakan sekurang-kurangnya 2 jenis aktiviti bagi golongan kanak-kanak dan dewasa. Aktivti yang diadakan adalah lebih bertujuan menarik minat masyarakat agar kerap mengunjungi perpustakaan bagi menyertai aktiviti riadah dan di samping itu memperolehi pengetahuan atau kemahiran baru di sepanjang aktiviti ini diadakan.

About Library




Perpustakaan Desa Bandar Baru Samariang ini telah dirasmikan pada 16 Februari 2007 oleh YB Dato Sri Abang Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, dan juga mula beroperasi pada hari yang sama. Kini, dua orang petugas perpustakaan ditugaskan di perpustakaan ini, iaitu;
  1. Ong Soon Mui (Penolong Pegawai Perpustakaan)
  2. Noryanti Bt. Rashid (Pembantu Perpustakaan)

    Waktu Operasi:

Selasa - Khamis : 8.00 Pagi - 4.00 Petang

Jumaat : 8.00 Pagi - 11.45 Tengahari

: 2.15 Petang - 5.00 Petang

Sabtu : 8.00 Pagi - 4.00 Petang

Ahad, Isnin & Cuti Umum : TUTUP