September 2008

Nama Aktiviti: Card Decoration
Tarikh diadakan: 12.9.2008
Jumlah peserta: 26 orang
Setiap peserta dibahagi kepada kumpulan.

Masing-masing mencurahkan idea kreatif bagi melukis dan menghias kad besar yang diberi.
________________________________________________________

Nama Aktiviti: Anyaman tikar
Tarikh diadakan: 25.9.2008
Jumlah peserta: 23 orang

Anyaman tikar yang beraneka corak dan warna yang dihasilkan oleh peserta aktivti.


Ogos 2008



1. Stand-alone Star Craft - 14 Ogos 2008
30 orang kanak=kanak menyertai aktiviti riadah ini.



2. Melukis dan Mewarna Bertemakan Kemerdekaan Malaysia yang ke-51 Tahun
- 23 Ogos 2008
Golongan sasaran aktiviti ini ialah golongan kanak-kanak dan remaja, berumur 7 sehingga 15 tahun. Objektif aktiviti ini adalah menerapkan semangat patriotik di kalangan kanak-kanak dengan mencurahkan idea kreativiti masing-masing melalui aktiviti melukis dan mewarna yang bertemakan Kemerdekaan Malaysia yang ke 51 tahun.

july 2008


1. Sambung dan warna - 3 july 2008
Satu lukisan diberi yang memerlukan peserta menyambung titik-titik nombor dan kemudian peserta akan mewarna lukisan tersebut. Aktiviti ini lebih bertujuan aktiviti riadah kepada pengunjung kanak-kanak, di mana sebanyak 31 orang kanak-kanak menyertai aktiviti ini.



2. Pencarian Maklumat - 5 july 2008

30 orang kanak-kanak diajar mencari maklumat kepada soalan yang diberi menggunakan enjin carian seperti google, yahoo, atau ask.com. Peserta dikehendaki mencatit nama laman web yang mereka perolehi ke dalam kertas soalan yang diberi. Golongan sasaran adalah kanak-kanak yang berumur sekitar 6-12 tahun sahaja.



3.Drinking Straw Puppet Craft -12 july 2008

Jumlah peserta yang menyertai aktiviti ini sebanyak 23 orang. Peserta akan diberi gambar berbentuk rama-rama, ikan, dan kucing. Gambar tersebut digunting mengikut bentuk gambar kemudian dilekat ke kertas manila. Akhir sekali, gambar tersebut akan dilekat ke ‘drinking straw’. Setelah siap, kanak-kanak diminta menggunakan hasil kerja tangan ‘puppet craft’ mereka untuk menceritakan cerita yang direka secara spontan dan kretif.